Showing posts with label Ziana Zain. Show all posts
Showing posts with label Ziana Zain. Show all posts

Berpisah Jua

Berpisah Jua

Artist: Ziana Zain
Tiada manisan dalam madunya
Tiada hangat di dalam dakapnya
Biarku memujuk biarku merayu
Telah ku tabur kasih dan cinta
Telah ku sembahkan semua kelam
Masih hambar...

Apalah lagi yang engkau mahukan
Apalah lagi dayaku korbankan
Ada kehambaran cubaku elakkan
Tiada senyum aku girangkan
Segalanya hilang cubaku tahan
Berpisah jua...oh...oh...

Kerana cintaku dan kasihku
Airmataku jatuh berlinang dan mengalir
Kerana setia terhadapmu
Telah dibuang ketepi...

Kerana janjimu dan sumpahmu
Airmataku jatuh berlinang dan mengalir
Kerana itu peganganku
Telah dilupa segalanya...

Kecewa, terkilan aku
Berpisah jua...oh...oh...
Berpisah jua

Antara Ikhlas Dan Paksa

Antara Ikhlas Dan Paksa

Artist: Ziana Zain
Antara ikhlas dan paksa
Seringkali ku di duga
Di mana letak manis cinta
Tak pernah ku rasa

Senandung gemalai indah
Membuai sukma yang lara
Ramuan apa yang kau cipta
Hinggaku resah

Andai terpaksa
Relaku undur
Cinta pasti hancur

Ikhlas dan jujur
Kasih jadi teguh
Resahkan terkubur
Menjelang esok hari

Antara jujur dan rela
Jiwaku sering bertanya
Apakah perlunya cinta
Andai terpaksa

Antara engkau dan aku
Sering saja tak sekata
Berpisahkan memberi erti
Walau seketika

Anggapanmu

Anggapanmu

Artist: Ziana Zain
Sekebun cinta nan berbunga
Megah berdiri nan berduri
Aku yang asli
Di dalam mekar
Bila terbit mentari
Menguntumlah

Sejambak cinta nan berbunga
Megah berdiri nan tiada
Mekar dan kukuh
Bau dan kaku
Itulah pilihan ku
Aku di taman hanya perhiasan
Mata umum

Hanya mampu ku melihat
Kecurangan warna bunga
Idamanmu
Berbaja tiada

Sedang aku anggapanmu
Menyusahkan untuk
Meraih impian
Terlontar ku di halaman

Pemusnah ku adalah kumbang
Runtuh bila ku kelayuan
Impian mu hanyalah masa
Untuk menikmati segala
Belum pasti
Dirimu bahgia

Ada Cinta

Ada Cinta

Artist: Ziana Zain
Pertama kali ku mengenalimu
Kau menyapa ku senyum malu
Sangsi di hati debar tak menentu
Ada satu cahaya dari wajahmu

Berdansa mesra asyiknya rentak melodi
Kau bawakan ku ke dunia baru
Terserlahnya keikhlasan di hatimu
Haruskah ku turut kata hatiku

Dulu, tiada arah menentu
Jauh, tak berpaling lagi, ku pasrah
Ada cinta membara di jiwa

Lihatlah dunia, berikan ku semangatmu
Sucikan kembali jiwaku
Ada cinta terjalin antara kita
Gelora asmara hanya sementara

Tersenyum indah alam semesta
Ada cinta antara kita